Thursday, February 9, 2023
23.4 C
Brunei

-

Penjual daging kuda dibicarakan

MARSEILLE, 9 JAN – Seramai 25 orang dibicarakan di selatan Perancis kelmarin setelah dituduh menyembelih kuda daripada industri farmaseutikal dan menjual daging tersebut walaupun ia telah dilabel sebagai tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia.

Defendan utama dalam perbicaraan di bandar Marseille ialah pemborong daging, Patrick Rochette, namun orang lain, termasuk veterinar, peniaga dan penyembelih turut berdepan pertuduhan atas apa yang digelar oleh para penyiasat sebagai ‘amalan penipuan berskala besar.’

Penipuan yang didakwa itu menggunakan dokumen palsu yang diberikan kepada kuda-kuda tersebut yang sebelum ini digunakan untuk menghasilkan serum oleh syarikat farmaseutikal Perancis, Sanofi-Pasteur di ladang makmal di selatan Perancis.

Walaupun dokumen tersebut mengenal pasti kuda-kuda berkenaan sebagai ‘dilarang menyembelih selama-lamanya untuk kegunaan manusia,’ ia telah diberikan dokumen palsu yang baharu dan disembelih di Narbonne, selatan Perancis, Verona di Itali dan Barcelona di Sepanyol.

Namun, pakar yang ditugaskan oleh para penyiasat untuk mengkaji kemungkinan bahaya memakan daging tersebut membuat kesimpulan tiada ‘risiko toksikologi utama’ kepada pengguna.

Disebabkan kebolehan penghasilan darah dan air kencing yang banyak, kuda telah sekian lama digunakan dalam industri farmaseutikal untuk menghasilkan vaksin, serum dan produk terapeutik yang lain.

Haiwan-haiwan milik Sanofi, merupakan bekas kuda lumba yang mana para penyiasat telah menjumpai cysts dan ganglion di bahagian leher kerana suntikan berulang kali, telah dilepaskan selepas dibebaskan daripada syarikat. – AFP

Daging kuda kebiasaannya lebih murah berbanding daging lembu dan merupakan sebahagian daripada diet di seluruh negara Eropah, termasuk Perancis. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kim Jong Un bawa anak perempuan lawat markas tentera

SEOUL, KOREA SELATAN, 8 FEB - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un membawa anak perempuannya melawat kem tentera bagi menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan...
- Advertisment -