SHANGHAI, 10 Feb – Sebuah mahkamah Shanghai telah menjatuhi hukuman penjara ke atas lapan orang kerana mencuri dan membeli dan menjual maklumat mengenai anak damit yang baru lahir.
Hukuman daripada tujuh hingga 27 bulan diberikan serta denda daripada 2,000 hingga 5,000 yuan, menurut Mahkamah Rakyat Daerah Baru Pudong semalam.
Salah seorang pesalah, dengan nama keluarga Han, bekerja untuk Pusat Perbandaran Shanghai untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
Mahkamah berkata Zhang menggunakan akuan pekerja lain untuk mencuri maklumat mengenai anak damit yang baru lahir daripada pusat itu.
Han menjual maklumat kepada seorang pesalah dengan nama keluarga Fan, yang mengendali perniagaan produk penjagaan kesihatan anak damit.
Seorang pesalah dengan nama keluarga Zhang yang bekerja untuk pusat kawalan penyakit Daerah Shanghai Huangpu bertindak sebagai orang tengah.
Maklumat berkenaan seterusnya dijual kepada lima orang lain, kata mahkamah.
Han menghantar maklumat mengenai 5,000 anak damit menerusi e-mel kepada Zhang setiap dua minggu, menurut siasatan mahkamah.
Sebanyak 200,000 maklumat diberikan di antara awal 2014 dan Julai 2016, apabila Han dan yang lainnya ditahan. – Xinhua