Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjualan global Renault meningkat

    PARIS, 16 Jan – Renault telah berjaya menjual beberapa kereta tahun lepas, menurut pengeluar kereta Perancis itu semalam, dengan pasaran global mencapai 3.76 juta, meningkat lebih 8.5 peratus.

    Jumlah jualan meningkat di seluruh dunia manakala kawasan Asia-Pasifik menjadi tempat penjualan tertinggi dengan jualan 17 peratus sekali gus membantu penjualan dua kali ganda di China, diikuti dengan Eurasia dengan 16.6 peratus.

    Pasaran Eropah meningkat 5.6 peratus.

    “Strategi kami dalam melebarkan dan memperbaharui jarak pasaran adalah secara berterusan untuk memperolehi keputusan yang baik,” kata Thierry Koskas, ketua pemasaran Renault.

    Tahun lepas merupakan yang kelima tahun penjualan kumpulan Renault meningkat yang termasuk Renault, Dacia, Alpia dan jenama Samsung Motors dan juga buat pertama kali pengeluar dari Rusia, Lada.

    “Pada tahun 2018, kami akan mengejar pertumbuhan dan pengantarabangsaan,” kata Koskas dalam satu kenyataan.

    Pengubahsuaian beberapa model membantu jenama Renault terus maju termasuk baik pulih secara menyeluruh keluarga Megane dan pelancaran model Koleos. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda