Thursday, September 19, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjualan racun perosak yang membahayakan janin dihentikan

    ST LOUIS, 8 OGOS – Buat pertama kali dalam tempoh kira-kira 40 tahun, Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) menggunakan kuasa kecemasannya untuk menghentikan penjualan racun perosak pembunuh rumpai yang membahayakan perkembangan anak damit dalam kandungan.

    Pihak berkuasa tersebut mengambil langkah yang jarang berlaku ini kerana racun perosak DCPA, atau Dacthal, boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan pada janin, termasuk perkembangan otak terjejas dan berat lahir rendah.

    Agensi itu menghadapi kesulitan untuk mendapatkan data kesihatan penting daripada pengeluar racun perosak tersebut pada masanya dan memutuskan ia tidak selamat untuk membenarkan penjualannya berterusan, kata EPA dalam satu pengumuman pada Selasa.

    “Dalam kes ini, wanita hamil yang mungkin tidak pernah tahu bahawa mereka telah terdedah boleh melahirkan anak damit yang mengalami masalah kesihatan sepanjang hayat yang tidak dapat dipulihkan,” kata Michal Freedhoff, penolong pentadbir untuk Pejabat Keselamatan Kimia dan Pencegahan Pencemaran EPA. – AP

    Papan tanda EPA dilihat di Washington pada 21 September 2017. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda