Penn Badgley terganggu dengan berita rakan artis

Pelakon Penn Badgley mengakui dia berasa terganggu apabila mengetahui berita mengenai aktor Chris D’Elia berdepan dengan tuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap beberapa wanita di Twitter.

Memetik laporan Hollywoodlife, Penn berpendapat biarpun dia tidak mengenali Chris dengan rapat namun seseorang itu berhak untuk dibawa ke muka pengadilan sebelum menjatuhkan sebarang hukuman.

“Berita itu sememangnya memberi impak yang besar kepada saya. Saya sangat terganggu dengan perkara itu. Saya tidak terlalu mengenali Chris tapi sepatutnya di usia sekarang ni, kita perlu menghormati wanita.

“Saya juga tahu tiada perkara yang saya boleh katakan lebih lanjut tapi apa yang saya nak sampaikan sekarang ini adalah setiap individu layak dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Penn dan Chris pernah bergandingan dalam drama bersiri popular di Netflix berjudul You musim kedua. – Agensi

Penn dan Chris pernah bergandingan dalam drama bersiri popular di Netflix. – Agensi