Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Penolong Mufti hadiri persidangan antarabangsa

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Penolong Mufti (Buhuth), Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof, selaku wakil Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Abdul Aziz bin Juned, kelmarin, telah berlepas ke Kaherah, Republik Arab Mesir bagi menghadiri persidangan antarabangsa anjuran Sekretariat Agung Penguat Kuasa Fatwa Seluruh Dunia.

    Persidangan yang bertemakan ‘Fatwa dan Matlamat Pembangunan Mampan’ itu akan berlangsung selama dua hari bermula esok di Hotel Al-Masa, Kaherah, Republik Arab Mesir.

    Turut mengiringi beliau ke persidangan tersebut ialah Pegawai Buhuth Kanan, Jabatan Mufti Kerajaan, Pengiran Zamiri bin Pengiran Haji Jamaludin.

    Persidangan itu memberi tumpuan kepada hubungan antara fatwa dan pembangunan mampan serta memberikan penerangan kepada pemimpin-pemimpin agama tentang peranan yang boleh dimainkan dalam memberi sumbangan kepada perlindungan iklim.

    Selain itu, penekanan tentang peranan fatwa dalam membasmi kemiskinan dan kebuluran demi mencapai kesejahteraan manusia juga menjadi agenda utama persidangan berkenaan.

    Ia turut dihadiri oleh delegasi-delegasi peringkat tinggi daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama mufti-mufti, menteri-menteri, dan para cendekiawan ulama Islam dari lebih 90 buah negara.

    Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bergambar bersama pengiring sebelum berlepas ke Kaherah. – Gambar serahan Jabatan Mufti Kerajaan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...