WELLINGTON, 5 OKT – Penonton akan dibenarkan menyaksikan kejohanan ragbi Piala Bledisloe kedua antara All Blacks and Wallabies di Eden Park setelah keputusan kerajaan untuk melonggarkan sekatan COVID-19 di Auckland, kata Ragbi New Zealand hari ini.
Perlawanan pada 18 Oktober akan dimainkan di belakang pintu tertutup sehingga Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan had perkumpulan ramai di Auckland akan ditarik semula minggu ini, menjadikan kota itu sejajar dengan seluruh bandar di New Zealand.
Ragbi New Zealand menyambut baik langkah itu, yang bermaksud organisasi yang berdepan masalah kewangan itu akan mengadakan kedua-dua kejohanan Bledisloe pertama di Wellington pada 11 Oktober dan yang kedua di Auckland seminggu kemudian dengan tempat yang penuh sesak.
Ketua ragbi profesional NZR, Chris Lendrum berkata, peminat Auckland telah merindukan menonton ragbi elit semasa sekatan itu berlaku.
“Ini adalah berita positif bahawa mereka akan dapat menikmati perlawanan ragbi,” katanya dalam satu kenyataan. Sekatan tetap dilaksana di Auckland lebih lama daripada negara lain kerana bandar itu sebelum ini dilanda gelombang kedua, yang kini telah berjaya dibendung. – AFP


























