Penonton EPL dibenarkan kembali ke stadium

LONDON, 24 NOV – Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) boleh merancang untuk mengalu-alukan kehadiran semula penonton dalam jumlah yang sangat terhad bulan depan buat pertama kali sejak bulan Mac, susulan pengumuman kerajaan Britain semalam.

Lebih 4,000 orang penonton boleh dibenarkan kembali ke stadium selepas England mengatakan risiko jangkitan COVID-19 semakin reda bermula 2 Disember ini.

Kerajaan bersetuju membenarkan semula kehadiran penonton di perlawanan bola sepak, ragbi dan gelanggang perlumbaan serta beberapa sukan lain mengikut syarat ditetapkan selain mengambil langkah protokol kesihatan yang ketat.

Penonton akan ditetapkan kepada 4,000 orang atau separuh kapasiti stadium atau mana yang lebih berisiko paling rendah di negara itu setelah sekatan yang lebih ketat kerana wabak berakhir, kata kerajaan.

Beberapa acara sukan telah diadakan dengan penonton, seperti pertandingan kriket di The Oval.

Pasukan Liverpool dan Leicester City sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris bermula di Stadium Anfield yang kosong. – AP

Walau bagaimanapun, liga bola sepak dan ragbi England, dan tempat perlumbaan kuda, tidak membenarkan penonton sejak penutupan pertama pada bulan Mac.

Penganjur EPL mengalu-alukan langkah itu, sementara menantikan kehadiran kembali penonton dalam jumlah yang lebih ramai dijangka dapat memulihkan semula masalah kewangan dalam sukan tersebut.

“Peminat sangat rindukan perlawanan Liga Perdana dan begitupun kami mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri hari ini mengenai membenarkan kembali kehadiran penonton buat pertama kali sejak Mac lalu, dengan jumlah tertentu,” dalam satu kenyataan.

“Impian kami adalah untuk kekal berkerja sama dengan kerajaan.

Sehingga perkara ini dapat dilaksanakan, kebanyakan peminat akan dapat menghadiri perlawanan dan kelab akan meneruskan perlawanan untuk menampung kembali kewa-ngan mereka.

“Kelab Liga Perdana sudah membuktikan rekod pencapaian baik dengan kawalan kesihatan dan keselamatan yang ketat dan kami percaya mampu melakukan peranan baik dalam membantu usaha kerajaan mengambil langkah percubaan ini. “Kami sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan dengan langkah seterusnya.” – AFP