Penonton sarkas semakin berkurangan di China

SERAMAI 10 orang penonton telah menyaksikan persembahan seekor harimau Siberia yang terancam mengaum mengikut arahan sambil berdiri di belakang kakinya dan melompat melepasi satu gelungan di dalam sebuah sarkas terkenal di China, Persatuan Sarkas Kebangsaan Makmur China.

Harimau dan beruang muda dengan ada tanda luka di muncungnya, melakukan pelbagai helah untuk beberapa orang penonton yang berani merentasi panas terik di kawasan Selatan Guangdong bagi membantu menghidupkan perjalanan sarkas untuk hari yang seterusnya.

Penggunaan haiwan-haiwan liar dalam persembahan sarkas tersebut telah diancam dan dikritik dari seluruh dunia, di mana ada sesetengah negara telah mengharamkan persembahan itu, tetapi bagi pasukan China, haiwan-haiwan ini dianggap sebagai satu tarikan yang besar.

“Kebanyakan penduduk China tinggal di ibu kota yang besar di mana agak sukar untuk keluar dan menikmati persekitaran hidupan liar, oleh itu kami cuba membawa suasana semula jadi itu kepada mereka,” kata Li Weisheng, pengurus pasukan sarkas, kepada media AFP.

Sejarah sarkas di China

Sarkas mempunyai sejarah yang panjang di China. Dinamakan sebagai ‘Maxi’, disebut sebagai ‘Mah-Shi’ membawa maksud ‘Aksi di atas kuda’, mempunyai sejarah yang tersendiri dan membawa kembali era 2,500 tahun yang lalu serta kuda-kuda ini sering kali melakukan persembahan akrobatik secara berpasangan dengan aksi gerakan melompat.

Bilangan penonton yang hadir bagi menyaksikan persembahan sarkas itu semakin berkurangan sejak beberapa tahun ini. – AFP
China mempunyai beberapa undang-undang terhadap hak asasi haiwan yang terancam dunia dan orang yang berkempen terpanggil untuk mengetatkan lagi undang-undang terhadap penjagaan haiwan-haiwan terancam. – AFP

Gerakan sarkas ini turut menggunakan harimau, singa besar, monyet dan terbaharu ketika ini, beruang.

China mempunyai beberapa undang-undang terhadap hak asasi haiwan yang terancam di dunia dan orang yang berkempen terpanggil untuk mengetatkan lagi undang-undang terhadap penjagaan dan rawatan haiwan di sarkas bergerak.

Dua pemilik gerakan sarkas itu, Li Rongrong dan Li Ruisheng, telah ditangkap pada tahun 2016 kerana telah membawa haiwan yang terancam dan jarang dilihat serta masing-masing dijatuhi hukuman 10 dan lapan tahun penjara tetapi segala tuduhan terhadap mereka berdua telah dibersihkan semasa sesi perbicaraan yang kedua pada tahun lepas.

Haiwan-haiwan gerakan sarkas itu termasuk dua ekor singa Afrika, beruang hitam yang berumur dua tahun, sekumpulan anjing dan seekor harimau telah menghabiskan masa-masanya dalam kurungan besi di bawah satu khemah yang besar.

Haiwan-haiwan ini menjadi satu tarikan dan tumpuan besar namun pengurus sarkas, Li ketika berdiri di sebelah karpet merah di sebuah khemah besar yang terletak di bandar Dongguan, mengakui bahawa bilangan penonton yang hadir semakin berkurangan sejak beberapa tahun ini.

Gerakan sarkas ini turut menggunakan harimau dan singa besar, monyet dan terbaharu ketika ini, beruang. – AFP

Penjagaan terbaik?

Harimau dan juga singa dengan ekor yang dipotong dan masing-masing berusia setahun, berkongsi satu kurungan menyebabkan haiwan-haiwan ini tanpa henti berjalan laju sekitar satu sama yang lain. Beberapa kali dalam sehari, haiwan ini akan dibawa bermain dan dilatih dalam gelanggang sarkas di khemah tersebut.

Seekor beruang yang bersendirian menggenggam besi tinggi atas kurungannya dan mengayunkan badannya ke depan dan ke belakang.

Untuk tempoh beberapa tahun yang lalu, beberapa tayangan video telah menunjukkan beberapa haiwan telah didera di China, seperti seekor harimau Serbia telah diikat oleh syarikat persembahan sarkas bagi membolehkan orang ramai untuk duduk di atasnya dan merakam gambar, lantas menimbulkan kemarahan orang ramai yang berpanjangan.

Penduduk China semakin terpanggil untuk melakukan perlindungan yang lebih baik untuk haiwan-haiwan dalam kurungan.

Ahli Persatuan Sarkas Kebangsaan Makmur China, bagaimanapun berkata bahawa mereka akan melakukan apa yang patut untuk menghidupkan tradisi itu dan menegaskan bahawa mereka bekerja demi kepentingan orang awam dan juga haiwan.

“Kami cuma ingin membantu orang awam untuk mempelajari lebih banyak tentang alam semula jadi dan juga binatang,” kata Li. – AFP