Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Penonton tak dibenarkan saksikan final BFC 2022

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Orang ramai adalah tidak dibenarkan hadir untuk menyaksikan perlawanan pusingan akhir Kejohanan Piala Futsal Brunei 2022 (BFC 2022) menurut kenyataan Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD) menerusi siaran akhbar yang dikeluarkannya hari ini.

    Langkah itu dibuat dengan mengambil kira peningkatan kes-kes COVID, yang juga menggesa FABD bagi mengukuhkan protokolnya untuk melindungi semua yang terlibat dalam kejohanan tersebut.

    FABD percaya bahawa langkah itu akan dapat memastikan perlawanan yang lebih adil antara pasukan yang mara ke pusingan akhir BFC 2022 di mana mereka akan dapat bermain dalam keadaan baik tanpa ada pemain-pemain utama dijangkiti virus tersebut.

    Pada masa yang sama, inisiatif yang diambil juga boleh mengekang penularan virus berkenaan.

    FABD turut memaklumkan bahawa hanya pemain-pemain, pegawai-pegawai pasukan dan ahli-ahli jawatankuasa penganjur yang mempunyai kad kebenaran masuk sahaja dibenarkan untuk berada di kawasan perlawanan.

    Sementara itu, melakukan ujian ART adalah diwajibkan sebelum tiba ke tempat perlawanan.

    FABD dalam pada itu merakamkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan tersebut. FABD juga menambah bahawa mereka sedang dalam usaha bagi mengadakan penstriman secara langsung perlawanan-perlawanan pusingan akhir untuk tontonan orang ramai.

    Sementara itu, pasukan yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir termasuklah MS ABDB, Shah United, Kasuka Ar-Rawda, DDT FT, Almerez FC, Kota Ranger, Qahar FT dan Arbisyam.

    Pasukan tersebut akan bersaing dalam peringkat kumpulan yang dipanggil Battle of the Champions, di mana juara dan tempat kedua dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir dan seterusnya peringkat akhir.

    Kedua-kedua peringkat akan diadakan dengan format perlawanan home dan away.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...