Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    PENTAGON, NATO bincang interaksi diplomatik Rusia

    WASHINGTON, 15 FEB – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin dan Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg mengadakan perbincangan mengenai interaksi diplomatik terkini dengan Rusia menerusi telefon, kata jurucakap Pentagon, John Kirby.

    “Kedua-dua pemimpin membincangkan penglibatan diplomatik baru-baru ini dengan Rusia dan keperluan untuk Rusia meredakan ketegangan,” kata Kirby dalam satu kenyataan, lapor Sputnik.

    Kedua-duanya turut bersetuju perlunya untuk mengekalkan ‘dasar pencegahan yang kuat’ dan menekankan bahawa tindakan Rusia hanya akan membawa kepada “Perikatan NATO yang lebih kuat dan bersatu, bersiap sedia untuk menghalang dan bertahan daripada pencerobohan,” tambah jurucakap itu.

    Beberapa bulan kebelakangan ini, negara-negara Barat dan Ukraine menuduh Rusia menempatkan tentera tambahan di sepanjang sempadan Ukraine sebagai persediaan untuk menceroboh. Moscow berulang kali menafikan dakwaan itu dengan menyatakan ia tidak berniat untuk menyerang Ukraine sambil menegaskan bahawa ia berhak menempatkan tenteranya di dalam wilayah negaranya.– Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...