Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    PENTARAMA meriahkan malam Perayaan

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 18 JULAI – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik meneruskan lagi Persembahan PENTARAMA sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-76, tahun 2022, bertempat di pentas perayaan, kawasan lapang berhadapan Hospital Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, malam ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Ajmin bin Haji Meludin.

    PENTARAMA adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh Jabatan Penerangan dalam menyalurkan maklumat rasmi kepada orang ramai secara bersemuka melalui persembahan pentas. Melalui program ini, ia dapat memberikan pendidikan dan perkongsian maklumat secara tidak langsung kepada pelbagai peringkat kelompok sasaran tentang nilai-nilai positif, kesedaran sivik dan semangat patriotisme, keagamaan, pendidikan dan perutusan atau mesej yang berkisar hal ehwal semasa negara.

    Pada tahun ini, PENTARAMA melalui persembahan sketsa drama bertajuk ‘Malam Aneka Ragam’ oleh kumpulan Putra Seni, antara lain menyampaikan mesej menyeru orang ramai untuk terus mematuhi SOP walaupun sudah berada di Fasa Endemik.

    Sketsa tersebut juga diserikan dengan persembahan syair, sajak dan mukun, manakala, Persembahan Lawak Jenaka pula dari kumpulan BruHaha, bertajuk ‘Norma Baharu’.

    Persembahan dimulakan dengan lagu tema ‘PENTARAMA’ oleh barisan artis yang menjayakan PENTARAMA kali ini. Segmen persembahan PENTARAMA dimeriahkan dengan nyanyian solo daripada artis-artis tanah air seperti Jazmeen, Dayat Ahim, Pengiran Shahminan, Yaniey Junaini dan Fatin Muzini serta kumpulan Putra Seni dan dihiburkan dengan persembahan lawak jenaka oleh Najib dan Loh dari kumpulan BruHaha.

    Para penonton PENTARAMA juga berpeluang untuk menyertai kuiz PENTARAMA.

    Penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz, disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

    Persembahan PENTARAMA akan diteruskan ke daerah-daerah lain pada 22 Julai nanti di pentas perayaan, kawasan Dermaga, Pekan Bangar, di Daerah Temburong; dan di pentas perayaan, kawasan Gerai Tudung Saji, Daerah Belait pada 23 Julai.

    Antara persembahan PENTARAMA yang diadakan di pentas perayaan, kawasan lapang berhadapan Hospital Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, semalam.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...