Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pentas perayaan sempena Hari Keputeraan terus meriah

    Oleh Daniel Lim & Ak Zaki Kasharan

    BELAIT, 25 JULAI – Persembahan PENTARAMA sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76, telah melabuhkan tirainya dengan persembahan terakhir di Daerah Belait di pentas perayaan, Gerai Tudung Saji, Sabtu lalu.

    Dikelolakan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, PENTARAMA atau pentas, tari dan drama adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh Jabatan Penerangan dalam menyalurkan maklumat rasmi kepada orang ramai secara bersemuka melalui persembahan pentas sejak 1988.

    Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Mohammad Yassin bin Haji Ahmed hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan persembahan-persembahan bertenaga yang disampaikan oleh para pegawai dan kakitangan dari Jabatan Penerangan.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah.

    Segmen persembahan PENTARAMA dimeriahkan dengan nyanyian solo daripada
    artis-artis tanah air iaitu Jazmeen, Krunn Muhamad, Mat Fadhil, Pengiran Shahminan, Yaniey Junaini dan Fatin Muzini serta Kumpulan Putra Seni dan dihiburkan dengan persembahan lawak jenaka oleh Najib dan Loh dari kumpulan BruHaha.

    Di samping itu, para penonton PENTARAMA juga berpeluang untuk menyertai kuiz kenegaraan yang mana penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz disempurnakan oleh tetamu kehormat.

    Sementara itu, Majlis Malam Wira Bangsa telah memeriahkan pentas perayaan di kawasan lapang berhadapan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah di Daerah Tutong, Sabtu lalu.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Adi Asnawi bin Awang Adanan.

    Antara pengisian acara adalah persembahan hiburan berbentuk nyanyian serta sesi interaksi bersama para pengunjung yang turut menawarkan pelbagai hadiah.

    Salah satu segmen drama yang dipersembahkan semasa malam terakhir PENTARAMA di Daerah Belait.
    Majlis Malam Wira Bangsa di pentas perayaan di Daerah Tutong dimeriahkan dengan persembahan-persembahan nyanyian.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...