SALAH satu tapak strategik yang paling penting di benua Eropah untuk tentera Amerika Syarikat telah menerima ancaman daripada ‘sesuatu’ yang langsung tidak dijangka iaitu kawanan domba.
Kawanan domba ini bergerak mengikut rentak rawaknya dan berhenti berhampiran dengan pangkalan Deveselu di Selatan Romania yang mana telah mencetuskan pergerakan kuasa luar biasa antara para komander AS dan petani kambing domba tempatan yang sangat degil.
“Dianggarkan sekitar 250 ekor kambing biri-biri itu menjadikan kawasan itu sebagai sebuah padang yang sesuai untuk ia berhenti dan sekali gus menjadi lokasi untuk ia membiak dan habitat terbarunya namun pada realitinya, kawasan ini memang tempat ladang penternakan domba sebelum kedatangan tentera Amerika Syarikat pada akhir tahun 2013,” kata Alexandru Damian, salah seorang dari masyarakat Walikota Stoenesti, iaitu sebuah masyarakat di Dataran Danubian yang luas iaitu sekitar 40 kilometer di utara sempadan dengan Bulgaria.
“Kambing biri-biri ini tidak seperti orang ramai, ia tidak akan menghormati peraturan, ia akan pergi ke kawasan di mana sensor keselamatan masih aktif, menyentuh pagar elektrik dan menghidupkan sistem penggera,” tambah Alexandru lagi kepada media.
Namun situasi ini tidak pernah difikirkan lebih dalam oleh tentera AS, yang telah memilih kawasan tapak ini sebagai salah satu daripada dua sistem pertahanan antipeluru berpandu untuk membantu mempertahankan anggota NATO terhadap ancaman peluru berpandu balistik jarak dekat dan sederhana, terutamanya dari Timur Tengah.
Ancaman keselamatan?
Pada tahun 2014, pegawai tertinggi AS di Deveselu telah memaklumkan kementerian pertahanan Romania untuk memiliki tempat perlindungan untuk domba yang sesuai dan mengarahkan mereka untuk sentiasa memerhati domba-domba ini untuk tidak melimpasi sekitar 10 meter dari pagar pangkalan tentera AS kerana ia akan melemahkan keperluan keselamatan yang minimum dan tidak sesuai.
Aduan itu berterusan selama lebih dari tiga tahun antara kementerian pertahanan Romania dan juga para petani malah kini, aduan itu telah sampai ke mahkamah tertinggi negara itu yang mana baru-baru ini kes berkenaan telah dijalankan sekali gus menetapkan penyelesaian yang terbaik.
Menurut Datuk Bandar, Bleja pada tahun 2007, ia telah membeli hampir satu hektar tanah bersebelahan dengan daerah yang mana kemudiannya diambil alih oleh pangkalan itu dan setahun kemudian, ia telah membina tempat perlindungan bagi kambing-kambingnya.
Namun para petani tidak pernah memohon kebenaran untuk merancang untuk membina tapak perlindungan itu dan datuk bandar itu telah mengalami kerugian sekitar 18,000 euro setelah kerja perobohan dilakukan ke atas 132 persegi ladang perlindungan domba. Bagi datuk bandar, situasi itu sangat memalukan. “Kami telah menandatangani perjanjian dengan Amerika dan kami harus menghormatinya,” tambahnya lagi kepada media AFP.
Ketika dihubungi oleh pihak media AFP, tentera AS enggan mengulas mengenai pertikaian antara pemerintah Romania dan juga penduduk tempatan.
“Kami sangat menghargai perkongsian yang kuat dan berterusan antara Amerika Syarikat dan sekutu Romania namun kami juga boleh mengadakan operasi berterusan di Deveselu, Kemudahan Sokongan Naval,” kata Leftenan Tim Pietrack, jurucakap Tentera Laut AS di Eropah, Afrika dan juga rantau Asia.
Pangkalan AS di Deveselu merupakan sebahagian daripada perisai peluru berpandu NATO dan dibina pada anggaran AS$800 juta dan telah dirasmikan pada bulan Mei 2016, memberikan satu kesan dan tamparan hebat buat Rusia yang memandangannya sebagai satu ancaman keselamatan tepat di pintu utama.
Tuntutan dibesar-besarkan
Manakala di Stoenesti, penduduk tempatan kebanyakannya enggan bercakap untuk mengelakkan masalah dengan Bleja namun ada yang percaya bahawa situasi itu sebenarnya salah.
“Walaupun kita bercakap tentang proses untuk membina jalan raya, orang ramai hanya perlu menerima syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam proses pengambilalihan,” kata seorang pemilik kelab malam.
“Anda tidak boleh bertindak sembarangan anda dan melakukan perkara-perkara sedemikian dengan sendiri. Pemilik tanah mesti mencapai satu persetujuan dengan pihak tentera dan pihak berkuasa tempatan, jika ditentang, anda akan diminta ganti rugi dengan nilai yang tinggi walhal, kemusnahan ladang domba tidak begitu besar,” kata seorang pesara yang berusia 69 tahun, Nicoleta Nacu kepada wartawan AFP.
Seorang ahli majlis tempatan juga telah menuduh para petani membeli tanah itu dan membina tempat perlindungan di sana dengan satu tujuan iaitu untuk mendapatkan pampasan yang besar dari pada pihak tentera berkuasa AS.
“Tetapi idea itu telah ditolak oleh peguam Bleja, Serban Dinu. Kembali pada tahun 2007, tidak ada sesiapa yang tahu bahawa Deveselu akan dibaik pulih dan dijadikan sebagai tapak untuk pangkalan tentera AS dan petani tidak perlu dipersalahkan,” tambah Serban kepada media.
Menjelang penyelesaian muktamad daripada pihak mahkamah nanti, para petani enggan ditemubual dan telah pergi bersama domba-domba mereka ke kawasan perkampungan Caracal yang terletak hanya 15 km barat Stoenesti. – AFP