Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    ‘Penting untuk masyarakat luar bandar teruskan pertanian tradisi’

    KIULU, 2 JUN – Penduduk luar bandar yang lebih gemar menggunakan kaedah lama untuk pertanian, perlu meneruskannya bagi memastikan bekalan makanan tidak terputus dan meningkatkan aktiviti ekonomi terutamanya dalam pelancongan, disamping mengekalkan warisan kebudayaan mereka.

    Menteri Muda Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata penduduk luar bandar yang meneruskan amalan pertanian tradisi telah menyumbang kepada sekuriti makanan mereka sendiri serta mengurangkan kebergantungan mereka kepada sumber makanan luar.

    Beliau berkata mengusahakan tanah juga membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan, dan pemerkasaan ekonomi ini mengukuhkan komuniti luar bandar, mengurangkan kemiskinan dan membolehkan pertumbuhan yang lestari.

    “Walaupun golongan muda sering mencari peluang pekerjaan di kawasan bandar, kami juga mahu mereka pulang dan meneruskan warisan nenek moyang mereka,” kata Joniston menerusi kenyataan selepas merasmikan Pesta Kaamatan di Kampung Romokon di sini hari ini.

    Beliau berkata kaedah pertanian tradisi juga berpotensi menarik minat pelancong untuk mempelajari lebih lanjut mengenai warisan pertanian penduduk ke kampung masing-masing.

    Joniston, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu berkata usaha kolektif penduduk luar bandar melalui pertanian tradisi, bukan sahaja mengeratkan hubungan sosial tetapi juga menggalakkan semangat kekitaan dan sokongan bersama dalam masyarakat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...