Pentingnya rancang persaraan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perancangan persaraan, Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah mengadakan Jerayawara 10 Tahun Menjelang Persaraan di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan yang di-keluarkan TAP, jerayawara me-rupakan inisiatif berterusannya yang disasarkan kepada ahli-ahli TAP yang akan bersara dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Semasa jerayawara itu, TAP antara lain mengongsikan beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam membuat perancangan persaraan seperti menetapkan matlamat pendapatan persaraan dengan mengenal pasti keperluan semasa bersara nanti dan tindakan yang perlu diambil sekarang bagi mengecapi matlamat berkenaan.

TAP turut menerangkan mengenai caruman sukarela yang membolehkan ahli menambah simpanan ke dalam skim TAP dan SCP untuk meningkatkan lagi jumlah simpanan.

Caruman sukarela boleh dibuat melalui perkhidmatan online e-Amanah TAP di www.tap.com.bn atau dengan mengunjungi mana-mana kaunter TAP semasa waktu bekerja.

TAP turut mengongsikan aplikasi mudah alih ‘TAP_Brunei’ di mana ahli boleh membuat perkiraan anggaran simpanan TAP dan SCP mereka setelah bersara nanti serta mengetahui anggaran simpanan yang diperlukan berdasarkan pendapatan persaraan yang
diinginkan.

Jerayawara diteruskan dengan taklimat mengenai perancangan kewangan yang disampaikan oleh pakar perancang kewangan dari Bank Baiduri Berhad yang menyentuh mengenai gaya hidup dan kepentingan memiliki perancangan yang teratur menggunakan kaedah-kaedah seperti simpanan, perlindungan kewangan dan pelaburan.

Jerayawara berkenaan turut disertai oleh Unit Biro Kredit dan Unit lsu Pengguna Kewangan, Autoriti Monetari Brunei Darussalam dengan menyediakan perkhidmatan penyediaan laporan kredit serta pemberigaan bagi menghindari penipuan-penipuan kewangan.

Kenyataan menyatakan, je-rayawara serupa akan diteruskan lagi kepada ahli-ahli TAP yang akan bersara dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Orang ramal khususnya ahli-ahli TAP yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut
mengenai jerayawara tersebut atau pun apa-apa maklumat mengenai TAP boleh menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800 semasa waktu bekerja atau pun melalui e-mel [email protected]