Pentingnya wuduk sebelum solat

Oleh Salawati Haji Yahya

TUTONG, 3 MAC – Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong dan Jabatan Daerah Tutong dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid RPN Bukit Beruang, kelmarin, telah mengadakan tazkirah khas sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36 tahun.

Pada majlis itu, ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Umarali bin Esung hadir selaku tetamu kehormat majlis.

Tazkirah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Mohd Fauzi bin Haji Anuar selaku ketua imam Masjid Hassanal Bolkiah.

Beliau dalam tazkiranya antara lain menekankan mengenai perlunya untuk berwuduk sebelum menunaikan solat, yang mana ia merupakan salah satu perkara yang amat pen-ting perlu dilakukan kerana tanpa wuduk, solat tidak sah.

“Antara hikmah berwuduk ialah menghilangkan dosa dan mengangkat darjat di syurga, walaupun wuduk adalah amalan ringan tetapi pengaruhnya ajaib dan luar biasa,” jelas beliau.

Awang Mohd Fauzi menunjuk cara berwuduk dengan betul.