Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Penularan semakin terkawal

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Sebanyak 400 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dicatatkan di Negara Brunei Darussalam, pada hari ini, yang termasuk 366 kes hasil ujian pantas antigen (ART) yang telah dimuat naikkan ke aplikasi BruHealth manakala 34 kes adalah hasil 603 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 136,374 kes,” kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato turut mengongsikan bahawa terdapat satu kes yang dikategorikan dalam kategori 5, yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU).

    “Sebanyak 737 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 132,721 kes,” jelas Yang Berhormat Dato lagi.

    Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 3,440 kes iaitu 59 kes sedang dirawat di hospital manakala 3,381 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Sementara itu, sebagaimana yang telah dinyatakan kelmarin, memandangkan kesemua pusat vaksinasi ditutup selama dua hari sejak kelmarin sempena awal Ramadan 1443 Hijrah, Yang Berhormat Menteri Kesihatan berkata bahawa tidak ada liputan vaksinasi akan dilaporkan sehingga pusat-pusat vaksinasi dibuka semula esok.

    “Selamat menjalankan ibadah puasa dan semoga kita semua dapat meraih segala keuntungan di bulan yang mulia ini,” kata Yang Berhormat Dato di hujung kenyataannya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri sidang media yang diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.
    Antara 3,440 kes aktif, 3,381 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah, manakala 59 kes lagi menjalani rawatan di hospital.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...