Saturday, December 7, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penularan virus di Eropah ‘amat membimbangkan’

    COPENHAGEN, 15 OKT – Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah berkata hari ini jumlah kes COVID-19 yang meningkat di Eropah ‘amat membimbangkan,’ tetapi situasi masih lebih baik berbanding tahap kemuncak pada April.

    “Jumlah kes harian sedang meningkat, kemasukan ke hospital meningkat,” beritahu pengarah serantau WHO untuk Eropah Hans Kluge pada sidang media.

    “COVID kini punca kematian kelima teratas dan had 1,000 kematian sehari telah telah dicatat.”

    Namun beliau berkata ‘kami belum berada dalam situasi yang dialami pada Mac dan April.’

    “Walaupun kami mencatat dua hingga tiga kes tambahan sehari berbanding April, kami masih melihat lima kali kematian yang kurang, dan dua kali ganda kemasukan ke hospital,” kata Kluge.

    Beliau berkata sebahagian daripada peningkatan mungkin dikesan kepada tahap ujian lebih tinggi di kalangan orang lebih muda, dan kematian lebih rendah mungkin disebabkan penularan virus dalam kumpulan lebih muda, yang kurang terdedah. – AFP

    Orang ramai memakai penutup mulut dan hidung berjalan di stesen kereta api bawah tanah Garibaldi di Milan, Itali. Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah berkata jumlah kes COVID-19 yang meningkat di Eropah ‘amat membimbangkan.’ – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda