Penumpang kapal mula ‘dibebaskan’

PERTH, AUSTRALIA, 29 MAC – Beratus-ratus penumpang sebuah kapal pesiaran akan berlepas menuju ke Jerman hari ini, selepas beberapa hari terkandas di sebuah kapal persiaran di luar pesisir barat Australia.

Kapal persiaran Artania tersadai di luar pesisir pelabuhan Fremantle Jumaat lalu selepas dilarang untuk berlabuh berikutan dengan tiga penumpangnya yang dijangkiti dengan wabak COVID-19 yang telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Seorang jurucakap Syarikat Penerbangan Jerman berkata kepada AFP bahawa kira-kira 800 orang yang berada di kapal persiaran berkenaan dijangka akan menaiki empat pesawat di Perth pada malam Ahad lalu menuju ke Frankfurt. – AFP