Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Penumpang maut kereta terbabas elak binatang

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Seorang penumpang lelaki tempatan berusia 24 tahun maut dalam insiden kemalangan yang berlaku di kawasan lampu isyarat Bengkurong, Daerah Brunei dan Muara, sekitar jam 1:44 pagi tadi.

    Balai Polis Bandar Seri Begawan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang mengesahkan kemalangan itu mengatakan siasatan awal mendapati kenderaan ditumpangi mangsa dipercayai cuba mengelak seekor binatang hingga mengakibatkan kereta itu terbabas dan terbalik ke kawasan semak berdekatan jalan raya.

    Mangsa yang maut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik bertugas dan kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi siasatan lanjut.

    Di samping itu, dua penumpang lain termasuk pemandu mendapat kecederaan ringan dan dirawat di hospital sama.

    Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan.

    Di kesempatan ini, PPDB menegaskan kepada orang ramai terutama pengguna-pengguna jalan raya untuk tidak sekali-kali memandu dalam keadaan dipengaruhi dengan ubat-ubatan atau alkohol dan sebagainya kerana boleh mendatangkan mengantuk dan kelalaian yang boleh sahaja mengakibatkan kemalangan berlaku.

    Kereta terlibat nahas jalan raya terbalik di kawasan semak di Bengkurong. – Gambar serahan PPDB

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...