Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Penumpang penerbangan New Delhi-Frankfurt hidap serangan jantung

BUCHAREST, 19 OKT – Sebuah pesawat syarikat penerbangan Lufthansa yang terbang bagi laluan New Delhi-Frankfrut mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Henri Coanda di Bucharest hari ini, selepas seorang penumpang mengalami serangan jantung, menurut Bucharest Airports National Company (CNAB).

Kru perubatan lapangan terbang menstabilkan penumpang berusia 36 tahun itu yang kemudiannya dibawa ke hospital, lapor agensi berita Romania (AGERPRES).

Pesawat tersebut mendarat di Lapangan Terbang Antarbangsa Bucharest Henri Coanda pada 7:13 pagi. Selepas mendarat, kru perubatan lapangan terbang menaiki pesawat dan berjaya menstabilkan penumpang yang mengalami serangan jantung itu.

Pesawat berkenaan kemudian meneruskan penerbangan ke Frankfurt, dengan trafik udara di lapangan terbang tersebut berjalan seperti biasa. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -