Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Penumpang perkhidmatan kereta api China-Laos cecah lebih 3 juta

    BEIJING, 25 MEI – Jumlah penumpang kereta api China-Laos merekodkan 3.09 juta orang sejak perkhidmatan berkenaan mula beroperasi pada Disember 2021.

    Menurut statistik diumumkan China Railway Kunming Group Co., Ltd, sebanyak 2.71 juta daripada jumlah itu menaiki tren melalui stesen di bahagian China manakala 380,000 lagi penumpang melalui stesen di Laos.

    Ketika ini, pihak pengendali giat mengadaptasi jadual perkhidmatan tren dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan penumpang.

    Bagi stesen di China, rekod penumpang harian paling tinggi dicatatkan sebanyak 33,000 orang.

    Bilangan penumpang melalui stesen di Laos juga menyaksikan peningkatan yang stabil, dengan rekod harian hampir 5,000 orang.

    Difahamkan, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan bagi memenuhi keperluan perjalanan rakyat Laos.

    Sempena sambutan Pesta Songkran pada 13 April, perkhidmatan tren sederhana berkelajuan 120 kilometer sejam dari Vientiane ke Boten telah disediakan dengan menawarkan harga tiket lebih murah.

    Sementara itu, tren yang menghubungkan Vientiane dengan Luang Prabang dan Muang Xai turut disediakan bagi memenuhi peningkatan penumpang tempatan sempena musim perayaan.

    Untuk rekod, pelbagai pendekatan dilaksanakan bagi menambah baik perkhidmatan dan mempermudah perjalanan penumpang termasuk melanjutkan tempoh tempahan tiket serta membuka pusat penjualan tiket di bandar-bandar utama di Laos.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...