Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penumpang pesawat patah terselamat

    JAKARTA, 10 Jun 2013 – Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Merpati Nusantara Airlines (MNA) tergelincir dari landasan terbang ketika mendarat di Lapangan Terbang El Tari, Kupang, Tenggara Timur (NTT), hari ini.

    Nahas itu menyebabkan badan pesawat patah dua, namun kesemua 46 penumpang dan empat orang anak kapal dilaporkan selamat.

    Pihak berkuasa berkata kejadian berlaku pada pukul 10:15 pagi waktu tempatan, sejurus pesawat yang sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Soa Bajawa, Pulau Flores, NTT itu mendarat.

    Beberapa penumpang yang trauma dengan kejadian itu dibawa ke hospital untuk rawatan.

    Berikutan kejadian itu, lapangan terbang berkenaan lumpuh dan sehingga pukul 3 petang tadi, pesawat malang itu masih menghalang landasan terbang dan belum dialihkan dari situ.

    Agensi berita Antara melaporkan bahawa di Indonesia pesawat komuter twin turboprop MA60 buatan Xian Aircfart Industrial Corporation, China, yang terbabit dalam nahas itu hanya dioperasikan oleh syarikat penerbangan, PT Merpati Nusantara Airlines.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda