Wednesday, November 13, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Penumpang udara akan capai 83 peratus tahun ini’

    DOHA, 20 JUN – Penumpang pesawat dijangka mencecah 83 peratus tahap pra-pandemik tahun ini dan pulangan keuntungan industri penerbangan ‘dalam jangkauan’ pada 2023, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) kelmarin.

    Sebelumnya, industri udara telah dilanda kemerosotan disebabkan pandemik COVID dengan jumlah penumpang menjunam 60 peratus pada 2020 dan menurun kepada 50 peratus pada 2021.

    Dalam pada itu juga, syarikat penerbangan telah mengalami kerugian hampir AS$200 bilion dalam tempoh dua tahun.

    Persatuan global itu mewakili 290 buah syarikat penerbangan, yang menyumbang sebanyak 83 peratus daripada perjalanan udara di seluruh dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda