Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penunggang basikal cedera ringan dalam kemalangan

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 13 Sept – Seorang penunggang basikal cedera ringan dalam satu kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Tutong (berdekatan Taman Riadah Sungai Basong), petang ini.

    Menurut saksi, mangsa yang merupakan seorang anggota pasukan keselamatan dikatakan hendak menyeberangi jalan ke Perkhemahan Tutong Kem namun dalam keadaan tidak sengaja sebuah kereta terlanggar mangsa.

    Mangsa bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan dengan luka-luka di bahagian kepala, tangan dan kaki dan telah mendapat rawatan di Hospital Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Tutong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda