Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Penunjuk perasaan baling tin sup pada lukisan minyak Van Gogh

    LONDON, 14 OKT – Penunjuk perasaan iklim membaling tin sup pada lukisan Vincent van Gogh ‘Sunflower’ di Galeri Nasional London hari ini sebagai membantah pengekstrakan bahan api fosil.

    Kumpulan Just Stop Oil yang mahu kerajaan Britain menghentikan projek minyak dan gas baharu, berkata aktivis melempar dua tin sup tomato Heinz pada lukisan minyak, salah satu karya paling ikonik artis Belanda itu.

    Polis Metropolitan London berkata pegawai menahan dua orang kerana disyaki melakukan kerosakan dan jenayah pencerobohan yang serius.

    Kumpulan tersebut telah menerima kritikan kerana menyasarkan karya seni di muzium.

    Pada Julai, aktivis Just Stop Oil melekapkan diri mereka pada bingkai “The Last Supper” Leonardo da Vinci di Royal Academy of Arts London, dan pada karya John Constable di Galeri Nasional. Aktivis juga telah menyekat jambatan dan persimpangan di seluruh London dalam protes selama dua minggu.

    Gelombang demonstrasi berlaku ketika kerajaan Britain membuka proses pelesenan baharu untuk pe-nerokaan minyak dan gas Laut Utara, walaupun ahli alam sekitar dan saintis mengkritik mengatakan langkah tersebut menjejaskan komitmen negara untuk memerangi perubahan iklim. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...