Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Penunjuk perasaan bersedia untuk berarak di Paris

    PARIS, 16 OKT – Tiga minggu selepas mogok kilang penapisan minyak yang telah menyebabkan kekurangan bahan api di seluruh negara Perancis, beribu-ribu penunjuk perasaan bersedia untuk berarak di Parishari ini, menambah gambaran penentangan dan kemarahan yang semakin meningkat mengenai inflasi.

    Demonstrasi hari ini telah diseru oleh parti politik berhaluan kiri, yang disokong oleh ratusan persatuan, yang berusaha untuk membina momentum yang dicipta oleh kebuntuan kilang penapisan minyak.

    “Awda boleh lihat bahawa pergerakan ini mula merebak,” kata ketua parlimen parti sayap kiri France Unbowed, Mathilde Panot, kepada radio franceinfo.

    “Anda boleh melihatnya dalam sektor nuklear. Pemandu-pemandu lori telah mengumumkan terdapat pemberhentian pada Selasa, dan banyak sektor lain mula menyertai mereka,” tambahnya.

    Beberapa persatuan Perancis, tetapi tidak semua, telah mengumumkan hari kebangsaan mogok baru-baru ini yang dijangka menjejaskan pengangkutan jalan raya, kereta api dan sektor awam. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...