Penunjuk perasaan Iraq tingkat tekanan

BAGHDAD, 20 JAN – Beratus-ratus penunjuk perasaan anti-kerajaan Iraq bergelut dengan pasukan keselamatan dalam usaha menutup jalan-jalan Baghdad pada hari ini, tarikh akhir yang mereka berikan kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan reformasi yang telah lama ditunggu-tunggu.

Perhimpunan telah mengegarkan Iraq sejak Oktober lalu, tetapi menimbulkan ketakutan mereka akan kehilangan momentum di tengah-tengah ketegangan serantau, penunjuk perasaan Isnin lalu memberitahu kerajaan bahawa mereka hanya mempunyai masa seminggu untuk memenuhi tuntutan mereka atau mereka akan meningkatkan pergerakan.

Mereka meminta untuk pemilihan awal di bawah undang-undang pengundian baharu, seorang perdana menteri yang bebas dan semua pegawai yang melakukan rasuah dipertanggungjawabkan.

Bermula Ahad, penunjuk perasaan muda di Baghdad dan selatan mula menyekat lebuh raya dan jambatan dengan membakar tayar menjelang tarikh akhir. Mereka cuba melakukan perkara sama pada awal pagi, tetapi pasukan keselamatan bertindak cepat, dengan tentera berkata ia telah menangkap sembilan penunjuk perasaan dan membuka semula laluan utama Baghdad. Beratus-ratus penunjuk perasaan juga turun ke Tayaran Square, Baghdad, di mana semasa pertempuran, pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata untuk menyurailan mereka, seorang wartawan AFP di sana berkata. – AP

Penunjuk perasaan anti kerajaan melontarkan tayar yang dibakar dan melalui gas pemedih mata di tempat pertempuran dengan pasukan keselamatan di Tayaran Square, Baghdad. – AFP