BANGKOK, 17 OGOS – Seorang lelaki dilaporkan koma selepas disyaki terkena tembakan di kepala semasa menyertai tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok pada Isnin. Bagaimanapun, polis menafikan pihaknya menggunakan peluru hidup ketika menyuraikan penunjuk perasaan di Persimpangan Din Daeng. Dalam satu kenyataan, Hospital Rajavithi Bangkok memaklumkan, ia mendapati sebutir peluru di leher lelaki yang dikejarkan ke hospital