Penuntut Ja maica dinobat MissWorld 2019

LONDON, 15 DIS – Penuntut jurusan psikologi, Toni-Ann Singh yang juga wakil Jamaica dimahkotakan sebagai johan pertandingan ratu cantik berprestij, Miss World 2019, semalam.

Beliau diikuti Ratu Perancis dan Ratu India, masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga dalam satu acara penuh meriah di London.

“Kepada gadis kecil di St Thomas, Jamaica dan semua gadis seluruh dunia, percayalah kepada diri sendiri.

“Ketahuilah bahawa anda sangat berharga dan mampu mencapai semua impian. Mahkota ini bukan kepunyaan saya, sebaliknya milik anda semua. Anda mampu,” kata Toni-Ann, 23 menerusi Twitter.

Mahkota gadis jelita itu dipakaikan oleh pemenang tahun lalu, iaitu Ratu Mexico, Vanessa Ponce de Leon. – AFP

Ratu Miss World 2019 yang baru dimahkotakan Toni-Ann Singh tersenyum ketika beliau bergambar bersama mahkotanya pada acara Miss World Final 2019 di arena Excel, timur London pada 14 Disember. – AFP