Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Penurunan kes, orang ramai diingatkan tetap berwaspada

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Meskipun jumlah kes jangkitan harian COVID menurun kepada dua angka, orang ramai terus disarankan untuk sentiasa berwaspada dan ingat-mengingati dengan memakai pelitup muka terutama di tempat sesak.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar membuat peringatan itu semasa memberi respons mengenai penurunan kes kepada dua angka, 98 kes pada hari ini, sejak gelombang ketiga melanda negara, semasa sidang media di Kementerian Kesihatan.

    Yang Berhormat Dato turut menyarankan orang ramai yang belum mendapatkan dos penggalak (booster) untuk mendapatkannya bagi mengelakkan Kementerian Kesihatan terjejas dengan lebih teruk lagi.

    “Bagi yang belum mendapatkan dos penggalak digalakkan untuk mendapatkannya terutama sekali bagi yang berumur 80 ke atas atau yang mempunyai penyakit berjangkit yang lain,” jelasnya.

    Sementara itu, mengulas mengenai pemakaian pelitup muka semasa melakukan senaman, Yang Berhormat Dato berkata ia tidak perlu apabila senaman tersebut dibuat secara perseorangan kecuali jika kawasan tersebut di tempat ramai dan dilakukan secara berkumpulan yang mana disarankan untuk memakai pelitup muka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...