Penurunan kes tunjuk keberkesanan usaha kerajaan, masyarakat

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar merakamkan penghargaan kepada orang ramai di atas segala usaha yang dilakukan setakat ini setelah negara mencatatkan jumlah kes jangkitan COVID-19 yang rendah, hari ini.

“Dengan penurunan kes hari ini, apa jua usaha kerajaan dan masyarakat semua dalam sama-sama berganding bahu mengawal penularan ini, ia menunjukkan keberkesanan dari hari ke hari dan jumlah jangkitan akan semakin menurun, ini kerana kalau mereka teranah di rumah ia akan terkawal lebih cepat,” katanya semasa sidang media.

Yang Berhormat Dato juga menyarankan agar pekerja-pekerja asing terus melakukan pemeriksaan kesihatan jika ada tanda-tanda mengalami gejala tertentu seperti demam, bagi sama-sama melindungi yang lain.

“Ini disebabkan, beberapa minggu kebelakangan ini, kebanyakan kes berlaku di tempat tinggal pekerja,” tegasnya lagi.