Penutup mulut, hidung objek idaman fesyen

PARIS – Suatu masa dulu jika kamu mahu maju, kamu memakai topi.

Sekarang sekiranya anda mahu melangkah keluar dari pintu depan rumah, anda memerlukan penutup mulut dan hidung.

Dalam masa beberapa minggu, koronavirus telah mengubah koleksi pakaian Barat dan mencabar kod mengenai kebebasan, keselesaan dan pernyataan kendiri.

Daripada menjadi seseorang yang pelik yang hanya dilihat pada pelancong Asia, penutup mulut dan hidung secara tiba-tiba menjadi pakaian asas atau sesuatu keperluan penting – satu tanda kebaikan sivik dan pasport kepada kebanyakan tempat awam yang tidak dibenarkan kepada mereka yang tidak memakainya.

“Apabila anda memakai penutup mulut dan hidung anda memberitahu bahawa ‘saya bukan satu ancaman,’” kata pereka fesyen Perancis, Stephanie Coudert, yang menempa namanya dengan haute couture Paris.

Jenama seperti Heron Preston (kiri) dan Off-White telah lama mengeluarkan penutup mulut dan hidung sebagai aksesori fesyen. – Agensi
Penutup mulut dan hidung dijadikan fesyen bergaya. – AFP
Orang awam berswafoto tatkala mereka mengambil bahagian dalam ‘Minggu Fesyen Paris’ di Vilnius. – AFP
Marijana, guru berusia 31 tahun di sekolah fesyen, menjahit penutup mulut dan hidung sendiri untuk diagih kepada kakitangan perubatan dan rumah jagaan di rumahnya di Paris. – AFP

“Ia merupakan tanda-tanda sivik.”

Namun apabila beliau duduk untuk mereka penutup mulut dan hidung, satu fikiran asyik terlintas dalam kepalanya.

“Ia merupakan muncung. Sukar untuk melarikan diri daripada idea tersebut,” beritahu Coudert kepada AFP.

Pereka fesyen Zeitgeist dari Fashion, Virgil Abloh dari Louis Vuitton tidak mempunyai keraguan sedemikian, menghasilkan penutup mulut dan hidung warna hitam yang dihiasi dengan logo panah untuk labelnya sendiri, Off-White dengan harga AS$92 satu pasang.

Ia serta-merta menerima sambutan hangat dan telah menjadi aksesori yang paling dicari-cari di dunia sejak itu, menurut pengawas trend Lyst Index, dengan beberapa firma kini menjual penutup mulut dan hidung terpakai dengan jumlah empat dan lima kali ganda berbanding sebelumnya.

Secara perbandingan, Coudert menjual penutup mulut dan hidung couture dengan harga lapan euro.

“Ia merupakan pilihan sosial bagi saya,” katanya. “Saya fikir kami semua bertanyakan diri kami bagaimana kami boleh membantu.”

Tidak mengejutkan, beliau bekerja siang dan malam untuk memenuhi permintaan. Lyst berkata pencarian penutup mulut dan hidung di internet telah meningkat lima kali lebih tinggi sejak awal tahun ini.

Walaupun sebelum virus menjadi ketara, penutup mulut dan hidung sudah menjadi fesyen popular.

Pereka fesyen Amerika, Rick Owens mendahului kumpulan lain, di mana ramai peragawatinya memakai topeng dalam koleksi musim bunga musim sejuk Paris dua tahun lalu dan memberikannya kepada semua orang pada pertunjukan fesyen beliau.

Pada masa itu, Owens mempunyai idea pencemaran dan perubahan iklim untuk koleksi pakaiannya. Namun beliau berasa keberatan untuk memulihkan idea tersebut walaupun pandemik koronavirus menyurami minggu fesyen Paris terakhir pada Mac.

“Saya benci untuk mengambil kesempatan ke atas pandemik ini,” kata beliau. “Saya pasti orang akan melakukannya dan ia akan menjadi sensasi di Instagram.”

Owens bukan sendirian dalam melihat fesyen penutup mulut dan hidung pada masa hadapan.

Pereka fesyen Perancis yang sedang meningkat, Marine Serre merupakan seorang pengikut awal dan ia juga telah diperagakan dalam pertunjukan The Soloist oleh pereka fesyen Gucci, Vetementd dan Jepun Takahiro Niyashita.

Namun kebanyakan firma besar masih bersikap was-was dan ragu-ragu mengenai sama ada penutup mulut dan hidung akan membentuk sebahagian daripada fesyen masa depan mereka.

Ahli sejarah gaya fesyen Olivier Saillard mengingatkan penutup mulut dan hidung adalah ‘satu aksesori yang kami semua mahu hapuskan dengan segera.’

Ia mungkin dilihat sebagai ‘sesuatu yang tidak beradab untuk mengaut keuntungan dengan meletakkan logo pada penutup mulut dan hidung,” beritahunya kepada AFP.

Sementara Dior, Saint Laurent dan Balenciaga telah menghasilkan penutup mulut dan hidung percuma untuk kakitangan perubatan dan pekerja penjagaan Perancis, timbulnya keberatan untuk meneruskannya.

Chloe, pereka fesyen beg dan aksesori untuk firma Perancis terkemuka, memberitahu AFP dari tingkap pangsapurinya di Paris bahawa beliau telah diminta untuk menimbangkan beberapa idea berhubung penutup mulut dan hidung.

“Ia rumit,” katanya. “Namun kami mungkin memakainya untuk beberapa bulan malah beberapa tahun, maka kenapa tidak menjadikannya satu objek obsesi. Itulah yang dilakukan oleh kita manusia.”

Coudert berkata jika kita perlu hidup bersama fesyen itu, adalah paling baik menghasilkan penutup mulut dan hidung yang pintar, selesa dan menenangkan.

“Saya menggugurkan idea menghasilkan penutup mulut dan hidung dengan kelim di tengah disebabkan anda boleh kelihatan seperti seorang wira dengan memakainya. Kita tidak perlu membuat orang berasa takut sekarang,” kata pereka itu.

Untuk ahli antropologi Frederick Keck, penutup mulut dan hidung telah lama dianggap di Barat sebagai ‘bersifat ketinggalan zaman dan melemaskan,’ satu prasangka yang sukar untuk dibuang.

Sememangnya, menutup muka adalah tidak sah dari segi teknikal di Perancis di bawah ‘pengharaman burka’ yang menyasarkan penutup muka wanita beragama Islam.

Dalam satu ruangan renungan dalam akhbar Perancis, Le Monde, Keck membandingkan penutup mulut dan hidung dan sekatan COVID-19 yang telah dikenakan ke atas interaksi sosial dengan ‘kehilangan kemurnian’ sama seperti apabila dunia dilanda AIDS pada tahun 1980.

Meskipun kesemua kelemahan, ahli sejarah Saillard melihat satu ciri positif yang diperoleh daripada memakai penutup mulut dan hidung.

“Dalam era yang hanya mementingkan ego… sikap menonjolkan diri mungkin bukan semuanya teruk,” kata beliau. – AFP