Penutup mulut wajib di Dewan Perwakilan

WASHINGTON, 30 JULAI – Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi kelmarin berkata pemakaian penutup mulut dan hidung akan diwajibkan ketika berada di dewan, selepas seorang anggota parlimen diuji positif COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

“Anggota parlimen dan kakitangan diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung sepanjang berada di dewan. Kecuali buat sementara waktu untuk dikenali,” kata Pelosi.

Pengumumannya dibuat beberapa jam selepas Louie Gohmert diuji positif COVID-19. Anggota Republikan Texas itu sering kali enggan memakai penutup mulut dan hidung.

Pelosi berkata mereka yang tidak memakai penutup mulut dan hidung tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan dan penutup mulut dan hidung turut disediakan di pintu masuk untuk mereka yang terlupa membawanya. – Bernama