Penutupan Apple Daily dimuktamadkan pada Jumaat

HONG KONG, 21 JUN – Akhbar prodemokrasi Hong Kong, Apple Daily berkata hari ini yang lembaganya akan memutuskan sama ada untuk menutup penerbitan semasa mesyuarat mereka pada Jumaat selepas aset dibekukan oleh pihak berkuasa yang menggunakan undang-undang keselamatan baharu sehingga mengakibatkan kumpulan media itu tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan.

Pemiliknya, Jimmy Lai berada di penjara dan antara yang pertama didakwa berdasarkan undang-undang keselamatan selepas penahanannya tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan ketua pengarangnya ditahan sementara kewangannya dibekukan. – AFP

Gambar fail 11 Ogos 2020 menunjukkan penumpang membaca akhbar Apple Daily di Hong Kong. – AFP