Penutupan jalan di Jalan Bukit Udal

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada para pengguna jalan raya mengenai penutupan sepenuhnya jalan di Jalan Bukit Udal.

Menurut kenyataan JKR, di sini, penutupan berkenaan yang akan mengambil masa selama enam bulan bermula 22 Jun 2021, adalah untuk memberi laluan kerja-kerja menaik taraf jambatan bailey ke jambatan konkrit.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk menggunakan jalan lencongan yang telah disediakan (rujuk peta) dan sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi papan tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam:123/Livechat 8333123, Facebook: Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel:[email protected]