Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Penutupan jalan di Lebuh raya Tungku dilanjutkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai lanjutan penutupan sementara separuh jalan di sepanjang Lebuh raya Tungku, lorong kiri iaitu hala Jerudong dan hala Pusat Bandar, yang akan dilanjutkan bermula 15 Ogos hingga 14 Sepetmber bagi tempoh sebulan dari pukul 10 malam hingga pukul 4:30 pagi, hari berikutnya.

    Penutupan separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pencantasan dahan-dahan pokok dan pemotongan pokok dapat dilaksanakan.

    Sehubungan itu, pihak JKR menasihatkan para pengguna lebuh raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan, di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas serta had laju demi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

    Peta menunjukkan lokasi kerja-kerja pencantasan dahan-dahan pokok dan pemotongan pokok dijalankan di sepanjang Lebuh raya Tungku hala pusat bandar. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...