Penutupan konsulat China ‘provokasi politik’

WASHINGTON, 23 JULAI – Arahan kerajaan Amerika Syarikat (AS) supaya menutup Konsulat China di Houston disifatkan sebagai ‘provokasi politik,’ serta ‘tindakan keterlaluan dan tidak adil yang boleh mensabotaj hubungan kedua-dua negara,’ lapor agensi berita Xinhua.

“AS tiba-tiba menuntut Konsulat China di Houston menghentikan semua operasi dan dalam waktu yang singkat.

“Ini adalah provokasi politik dibuat secara sepihak oleh AS, melanggar undang-undang antarabangsa, norma asas hubungan antarabangsa dan perjanjian dua hala konsular antara China dan AS,” memetik kenyataan Kedutaan China di AS. – Bernama