Penutupan saluran FOX pelanggan Astro

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Bermula 1 Oktober ini saluran-saluran FOX akan ditutup bagi pelanggan Astro di rantau Asia Tenggara termasuk Negara Brunei Darussalam.

Menurut kenyataan Kristal Astro hari ini, Syarikat Walt Disney mengumumkan perubahan tersebut dibuat sesuai dengan usaha syarikat untuk beralih kepada a direct-to-consumer-first model dan bagi mengembangkan lagi perkhidmatan dalam penstrimannya.

Saluran yang akan dihentikan ialah FOX, FOX Life, FOX Action Movies, FOX Family Movies dan FOX Movies yang mana akan berkuatkuasa pada 1 Oktober ini dan hanya dua saluran akan masih bersiaran seperti biasa iaitu National Geographic dan Nat Geo Wild.

Namun bagi para pelanggan Kristal Astro sedia ada di bawah Pakej Santai Max HD adalah masih dapat berpeluang menikmati dan mengakses saluran-saluran berkenaan.

Mulai 1 Oktober, semua pelanggan di bawah Pakej Santai Max HD turut menerima pengurangan kos langganan.

Dalam pada itu, pelanggan Byond dialu-alukan untuk bertukar ke Pakej Santai HD berkenaan untuk sama-sama menerima manfaat pada harga baharu.