Penutupan sebahagian jalan di Kota Batu

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Sebahagian jalan di Jalan Kota Batu berhampiran Simpang 918 Jalan Kota Batu, Kampung Serdang akan ditutup mulai esok, 26 Julai selama dua minggu.

Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa penutupan sebahagian jalan itu adalah bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan kalbat di kawasan tersebut.

Sehubungan dengan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui jalan berkenaan, di samping mematuhi papan tanda amaran jalan raya dan mematuhi had laju yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan diri dan menghindari perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123 / livechat +673 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan email: Pro[email protected]