Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sebahagian jalan di Kuala Belait, Seria

    Gambar serahan JKR

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutama para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian Jalan Jaya Negara, Kuala Belait dan sebahagian Jalan Raja Isteri, Seria, kedua-duanya bermula hari ini sehingga 9 Mei depan.

    JKR dalam kenyataannya hari ini, menjelaskan bahawa penutupan sementara yang mengambil masa selama sebulan tiga minggu itu adalah untuk memberi laluan bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih paip pembetungan yang pecah di kawasan berkenaan.

    Kenyataan menyatakan, bagi Jalan Raja Isteri, pihak jabatan akan melebarkan jalan menggunakan crusher run sebagai diversion road bagi kegunaan orang awam.

    Bagi yang hendak melalui Jalan Jaya Negara menuju ke Jalan Setia Pahlawan hendaklah membuat lencongan ke Simpang 34 dan melalui Jalan Kerma Negara.

    JKR mengingatkan para pengguna jalan raya supaya akan dapat berhati-hati dan sentiasa mematuhi papan-papan tanda keselamatan lalu lintas yang telah dipasang di kawasan berkenaan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel JKR pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara sebahagian Jalan Raya Isteri, Seria.
    Penutupan sementara sebahagian Jalan Jaya Negara, Kuala Belait bermula kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda