Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di Jalan Setia Pahlawan, Jalan Sungai Pandan dan Jalan Pandan Lima, Kuala Belait selama sebulan bermula esok hingga 13 Februari.
JKR menjelaskan bahawa penutupan sementara itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih jalan raya berkenaan dapat dilaksanakan.
Sehubungan itu, pihak jabatan mengingatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123 dan Livechat 8333123 atau e-mel pro@pwd.gov.bn.
