Penutupan sekolah: Ibu bapa di Jepun hadapi kesukaran

TOKYO – Keiko Kobayashi membawa anaknya berusia 7 tahun ke pejabatnya di Tokyo selepas pulang dari sekolahnya, seperti kebanyakan orang lain di Jepun, tetapi tiba-tiba sekolah ditutup selama empat minggu dalam usaha kerajaan untuk mencegah penularan COVID-19.

Dia bernasib baik majikannya bersetuju untuk membiarkan mereka berkongsi pejabat eksekutif itu sementara dengan ibu dan anak-anak yang lain.

“Saya terkejut dengan berita penutupan sekolah dan berfikir apa yang perlu saya lakukan?” kata Kobayashi, seorang pengurus kanan di sebuah syarikat pembekal perkhidmatan multinasional.

“Tidak ada penjelasan tentang bagaimana ini keadaan ini akan berlarutan,” jelasnya.

Di negara di mana pengasuh dan pengasuh anak damit tidak biasa dibuat di negara itu kerana ibu masih bertanggungjawab untuk membesarkan anak, langkah itu memaksa ramai ibu bekerja untuk mengehadkan waktu kerja mereka.

Keiko Kobayashi dan anaknya berusia 7 tahun bernasib baik majikannya bersetuju untuk membiarkan mereka sementara berkongsi pejabat eksekutif itu dengan ibu dan anak-anak yang lain. – Agensi

Keadaan ini lebih sukar bagi ibu bapa tunggal dan mereka yang mempunyai masalah.

Perdana Menteri Shinzo Abe mengumumkan rancangan untuk menutup sekolah di seluruh Jepun dari hari Isnin hingga akhir bulan ini.

Beliau berkata keadaan adalah kritikal dalam menentukan sama ada Jepun boleh mengawal wabak itu. Hampir 1,000 orang, termasuk 706 di dalam kapal pelayaran dikuarantin, telah dijangkiti di negara itu dan 12 telah meninggal dunia.

Penutupan sekolah menjelang akhir tahun akademik Jepun, meninggalkan sedikit atau tidak ada masa untuk peperiksaan akhir atau upacara graduasi untuk 12.7 juta pelajar di negara itu.

Kobayashi berkata dia masih belum membuat pilihan, sama ada menghantar anaknya ke pusat penjagaan kanak-kanak awam atau cuba untuk bekerja dari rumah. – AFP