Wednesday, November 6, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara di Jalan Tungku

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara jalan di Simpang 207/Simpang 217, Jalan Tungku, Kampung Katok, Gadong bermula 11 November sehingga kerja-kerja selesai.

    JKR menyatakan bahawa penutup sementara jalan berkenaan adalah bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jambatan di jalan itu.

    Sehubungan itu, jabatan berkenaan menasihatkan para pengguna jalan raya untuk menggunakan jalan lencongan yang disediakan dan diingatkan agar sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara jalan di Simpang 207/Simpang 217, Jalan Tungku, Kampung Katok, Gadong. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda