Penutupan sementara dua buah jambatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS –Jambatan besi bailey di Jalan Rumpau Rambai dan Jalan Penapar Ukong, Daerah Tutong akan ditutup sementara waktu selama enam bulan bagi kerja-kerja menaiktarafkan jambatan dan jalan raya berkenaan.

Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini menjelaskan penutupan bagi jambatan di Jalan Rumpau Rambai bermula pada 26 Ogos jam 9 pagi manakala bagi jambatan di Jalan Penapar Ukong pula bermula pada 2 September waktu yang sama.

Dengan kerja-kerja menaiktarafkan jambatan di kawasan tersebut, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan jalan-jalan alternatif yang berdekatan (rujuk rajah). Pengguna-pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa berhati-hati melalui kawasan tersebut dan mematuhi tanda-tanda lalu lintas, papan tanda keselamatan serta had laju dibenarkan untuk mengelak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Untuk aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak Jabatan ini melalui Talian Darussalam:123/Livechat +6738333123, Darussalam dan e-mel kepada [email protected]