Penutupan sementara dua jalan di Kampung Sungai Teraban

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutama kepada pengguna jalan raya bahawa jalan raya di selekoh berdekatan dengan Simpang 133 dan Simpang Sungai Dua, Kampung Sungai Teraban, Kuala Belait akan ditutup sementara.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, JKR menyatakan bahawa jalan raya di selekoh berdekatan dengan Simpang 133 ditutup bermula pukul 8:30 pagi hari ini, manakala penutupan di Simpang Sungai Dua akan bermula pada 6 Ogos, pukul 8:30 pagi.

Penutupan sementara ini, yang mengambil masa kira-kira selama enam minggu bermula hari ini sehingga 27 Ogos, adalah untuk memberi laluan bagi perlaksanaan kerja-kerja pembaikan jalan raya di selekoh tersebut, jelas kenyataan.

Sehubungan itu, JKR mengingatkan para pengguna jalan raya supaya akan dapat berhati-hati, mengurangkan had laju dan sentiasa mematuhi papan-papan tanda keselamatan lalu lintas yang telah dipasang di kawasan berkenaan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel Jabatan Kerja Raya, [email protected]