Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara jalan di dua lokasi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara separuh jalan di dua lokasi di daerah ini pada 29 hingga 31 Julai bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, JKR menjelaskan lokasi pertama penutupan sementara separuh jalan akan berlaku di jalan susur menuju Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah, hala Bandar Seri Begawan.

    Penutupan berkenaan adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan dan pemasangan sub-soil drain di jalan berkenaan dapat dilaksanakan.

    Manakala itu, lokasi kedua adalah di kawasan KM 32.1 hingga KM 30.9, Lebuhraya Muara-Tutong, hala Muara dengan penutupan adalah untuk membolehkan kerja-kerja pemotongan pokok-pokok di tepi lebuh raya berkenaan.

    Sehubungan dengan itu, pihak jabatan menasihatkan para pengguna jalan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat Talian Darussalam 123 (8333123) ataupun e-mel kepada pro@pwd.gov.bn.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...