Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Jalan di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) akan ditutup sementara mulai esok.
Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan, penutupan jalan hala Temburong di KM 8.8 sehingga KM 6.8 akan bermula pukul 5 pagi hingga 12 tengah hari, manakala itu, jalan KM 21.8 sehingga KM 19.8 hala Kota Batu akan ditutup sementara dari 12 tengah hari hingga 5 petang.
Penutupan sementara itu adalah disebabkan operasi pemunggahan jentera berat dari atas jambatan bagi kerja-kerja pemotongan pokok-pokok berisiko tinggi.
Sehubungan itu, para pengguna jambatan berkenaan dinasihatkan untuk menggunakan jalan lencongan yang disediakan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.