Penutupan sementara jalan di Lumut

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara Simpang 664, Kampung Sungai Kuru, Lumut bermula 3 Oktober sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dilaksanakan.

Kenyataan menjelaskan bahawa penutupan sementara sepenuh jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan raya berdekatan jambatan Sungai Lumut dapat dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu, pihak JKR ingin menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk menggunakan jalan alternatif yang terdapat di kawasan itu.

Selain itu, para pengguna jalan raya juga adalah diingatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Bagi sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123/ Livechat Talian Darussalam 123 8333123 ataupun e-mel [email protected]

Jalan alternatif yang disediakan bagi penutupan jalan di Kampung Sungai Kuru, Lumut. – Gambar serahan JKR